Pelakon sensasi, Nonny Nadirah berkongsi status terkini menerusi beberapa pautan di Instagram Story miliknya baru-baru ini.Nonny atau nama lengkapnya, Nonny Nadirah Zainuddin, 34, memaklumkan, dia kini masih ‘menunggu’ jodoh yang tepat untuknya.
“Status terkini saya… single, janda, sorry, but not avalaible. I am waiting for my prince from Allah,” katanya.
Dalam pada itu, Nonny sempat memberikan beberapa kriteria lelaki idamannya selain berharap agar dipertemukan dengan jodoh yang baik.
“Nak yang tinggi cecah julang ke langit. Aku percaya dengan doa. Tak dapat dekat dunia, Allah pasti bagi hadiah dekat akhirat,” tulisnya.
Menerusi hantaran sama, Nonny seakan meluahkan perasaan kesalnya terhadap golongan lelaki yang sentiasa menyalahkan pasangan mereka.
“Dulu sis selalu terkena, asyik sis sahaja yang nakal. Sekarang? Lelaki… i reserve my comment.
“Jangan asyik cari point bini, isteri sahaja yang salah eh, please eh,” tambahnya.

Dalam hantaran berlainan pula, Nonny turut memuat naik tangkap layar quotes berbunyi ‘Lelaki Semua Sama’ menerusi platform sama.

Terdahulu, aktres itu pernah mengejutkan ramai pihak apabila memaklumkan perkahwinan yang dirancang bersama kekasih yang juga pelakon, Niezam Zaidi, terpaksa dibatalkan.
Bagaimanapun, Nonny tidak mendedahkan punca sebenar pembatalan itu.
Sekadar info, Nonny pernah mendirikan rumah tangga bersama Mustain Adnan pada tahun 2018 namun, perkahwinan mereka hanya bertahan selama setahun.
ARTIKEL BERKAITAN:Selamba Buka Baju, Botakkan Rambut… Imej Terkini Nonny Nadirah Raih Tanda Tanya
ARTIKEL BERKAITAN:Ligat Menari Sambil Berkemban, Nonny Nadirah Cetus Kontroversi Lagi!