Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Kongsi Gambar Ala Belasungkawa Ajak Orang Ramai Keluar Mengundi Makan Diri… Ryzal Durian Kimchi Kena Kecam Warganet

today21 November 2022

Background

Pempengaruh, Ryzal Ibrahim sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila memuat naik foto di Instagram miliknya yang didakwa tidak sensitif dengan isu melibatkan kematian baru-baru ini.

Menerusi perkongsiannya itu, Ryzal atau nama sebenarnya, Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim telah menyunting fotonya dengan kesan hitam putih seperti gambar belasungkawa bagi mengajak orang ramai keluar mengundi pada 19 November lalu.

Ekoran muat naik tersebut, ramai dalam kalangan warganet berasa kurang senang dengan tindakannya itu malah menyifatkan pempengaruh terkenal menerusi saluran Youtube DurianKimchi bersama isterinya, Maryam Younarae tidak serik dengan kontroversi yang timbul sebelum ini.

Bagaimanapun, terdapat segelintir dalam kalangan pengikutnya menyokong dan menganggap tindakan Ryzal itu sekadar gurauan semata-mata.

Bahkan, Ryzal juga turut memberikan komen balas berhubung tindakannya itu menerusi ruangan komen berkenaan.

Sekadar makluman, simbolik foto tersebut kebiasannya digunakan untuk memberitahu bahawa seseorang telah meninggal dunia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ryzal Ibrahim (@ryzalibrhm)

 

Written by: Salma