Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Rakam Perbualan Dengan Anak Mengenai Fatin Afeefa, Adam Shahz Kena Kecam Warganet

today21 November 2022

Background

Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok dimana Adam Shahz ada memuat naik perbualannya bersama anak mereka, Ivy Herra Sophia yang mengadu mengenai kelakuan bekas isterinya yang juga pelakon Fatin Afeefa.

Menerusi perbualan video berdurasi 31 saat itu, Adam ada bertanyakan tentang situasi Ivy yang mengaku tidak tidur dengan ibunya tetapi dengan abangnya, Adam Aisy Arrian.

“Habis tu awak tidur dengan Mommy? Kadang-kadang tidur dengan Mommy tapi selalu tidur dengan Ayyan (Arrian) dalam bilik lain sebab Mommy suruh.

“Lepastu Mommy tidur dengan siapa? Dengan Mommy punya boyfriend,” katanya.

Ekoran perkongsian tersebut, ramai dalam kalangan warganet yang nampaknya tidak bersetuju dengan tindakan aktor itu bertanyakan soalan sedemikian kepada anak mereka.

@adamshahz30 Sebab inilah aku tak boleh jumpa nak. Takut anak mengadu pada aku. Budak2 tak menipu #fyp #tiktok #foryoupage #kantoi #fyp #november #2022 ♬ original sound – Adam Shahz

 

Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok dimana Adam Shahz ada memuat naik perbualannya bersama anak mereka, Ivy Herra Sophia yang mengadu mengenai kelakuan bekas isterinya yang juga pelakon Fatin Afeefa.

Menerusi perbualan video berdurasi 31 saat itu, Adam ada bertanyakan tentang situasi Ivy yang mengaku tidak tidur dengan ibunya tetapi dengan abangnya, Adam Aisy Arrian.

“Habis tu awak tidur dengan Mommy? Kadang-kadang tidur dengan Mommy tapi selalu tidur dengan Ayyan (Arrian) dalam bilik lain sebab Mommy suruh.

“Lepastu Mommy tidur dengan siapa? Dengan Mommy punya boyfriend,” katanya.

Ekoran perkongsian tersebut, ramai dalam kalangan warganet yang nampaknya tidak bersetuju dengan tindakan aktor itu bertanyakan soalan sedemikian kepada anak mereka.

 

Menjengah di ruangan komen, terdapat segelintir warganet yang mendakwa tindakan Adam itu sengaja dilakukan memandangkan ada yang mendakwa bekas isterinya itu telahpun bertunang pada hari sama video berkenaan dimuat naik menerusi TikToknya.

Sehingga kini video tersebut telahpun di tonton lebih 500,000 tontonan dan menerima lebih 10,000 tanda suka.

 

Written by: Salma