Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Kongsi Momen Pahit, Nellisa Nizam Dedah Pernah Kena Raba Dengan Kru Produksi

today14 November 2023

Background

Pelakon Nellisa Nizam memberitahu pernah diraba oleh salah seorang kru produksi di lokasi pengambaraan.

Dedah Nellisa, kejadian tersebut meninggalkan trauma yang amat mendalam dalam hidupnya.

Lebih-lebih lagi, kejadian tidak senonoh itu berlaku sejak awal penglibatannya dalam dunia lakonan.

Sebagai pendatang baharu pada ketika itu, Nelissa atau nama sebenarnya, Nelissa Edreena Nizam itu amat terkejut dan tidak tahu berbuat apa-apa.

Memetik laporan Berita Harian, Nellisa menyifatkan kejadian tersebut sebagai pengajaran agar dia lebih berhati-hati di lokasi pengambaran.

“Saya menjadi lebih berani dan tahu apa mahu dilakukan untuk atasi masalah trauma.

β€œPerasaan trauma tidak akan hilang dengan mudah. Saya masih terbayang si pelaku tarik muka dan badan saya ketika dalam kereta.

“Saya sempat tolak si pelaku dan terus keluar kereta. Masalahnya, itu kereta saya. Saya memang tidak mengadu dengan sesiapa. Saya tak tahu nak buat apa ketika itu.

“Saya sebenarnya nak dedahkan, tapi ada yang nasihatkan jangan buka cerita. Sekarang, saya tak lagi bodoh sebab saya tak mahu orang lain terkena perkara sama seperti saya,” jelasnya.

Dalam pada itu, pelakon drama Budak Tebing 2 itu menganggap gangguan seksual ini mungkin dialami segelintir artis baharu dan mereka takut untuk bersuara.

Baginya, penting untuk golongan wanita menjaga batas dan pergaulan supaya perkara tidak dinginin dapat dielakkan.

“Bila kita mula bersuara, sekurang-kurang si pelakon takut nak buat lagi.

“Saya masih baharu dan si pelaku adalah kru produksi, jadi saya tak berani bersuara. Saya juga takut orang tak percaya jika saya bercerita. Lagipun, saya seorang diri dan tiada pengurus,” luahnya.

Sumber : BH

Written by: Aqilah


Previous post