Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Kongsi Video Tangisan, Perkongsian Alyah Buat Netizen Sebak… Timbulkan Tanda Tanya

today22 September 2022

Background

Penyanyi Datin Alyah memuat naik satu rakaman video di TikTok sehingga menjadi tanda tanya netizen.

Menerusi perkongsian itu, Alyah merakam dirinya yang sedang menangis dan memberitahu dia akan mengalirkan air mata setiap kali perkara yang sama terjadi.

Namun, isteri kepada Datuk Ramli MS itu tidak menyatakan punca mengapa dirinya menangis membuatkan netizen tertanya-tanya.

“Benda ni memang selalu buat aku menangis,” tulis Alyah.

@alyah81official Benda ni memang selalu buat aku nangis😭 #fyp #tiktokmalaysia #masukberanda #alyah ♬ original sound – motivasi_fiqsam

Menerusi video berdurasi 24 saat itu, Alyah menggunakan suara latar seorang lelaki yang memberi kata-kata semangat untuk terus melalui cabaran.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah meraih 25,000 tontonan dan lebih 1,000 tanda suka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar pelantun lagu Cinta Sahabiyah ini terus kuat dan tabah mendepani segala cabaran.

Sumber: TikTok alyah81official

Written by: Aqilah


Previous post