Bekas peserta Dewi Remaja 2005/2006 dan juga pelakon terkenal, Izreen Azminda berang dengan dakwaan mengatakan rumah tangganya dengan suami, Ude Wahid sedang bergolak.
Ini berikutan kelibat Izreen dan Ude kelihatan di mahkamah syariah, baru-baru ini.
“Saya pergi mahkamah syariah untuk membayar denda kerana kami berkahwin di luar mahkamah.”
“Kita tahulah proses mahkamah memang lama, jadi baru tahun ini mahkamah panggil kami.”
Meminta netizan untuk menyiasat dahulu dan tidak sewenang-wenangnya menabur fitnah, Izreen juga berang terhadap sebuah portal hiburan yang menerbitkan atikel tentangnya bertajuk ‘Muncul Di Mahkamah Syariah, Rumah Tangga Izreen Azminda Dilanda Badai?’
“Saya marah sebab mereka langgar etika kewartawanan, tidak menemubual, bertanya dan pakai tulis sahaja.”
“Saya dahulu belajar bidang kewartawanan, jadi saya faham kerja menulis ini,” kata Izreen
Bagaimanapun, pelakon yang mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2017 itu tidak terkilan dengan berita yang tersebar kerana ia tidak memberikan kesan padanya.
“Saya tak terkilan kerana perkara ini tidak betul, Kalau betul mungkin saya akan diam, tetapi apabila saya sudah lantang bersuara, maknanya tidak betul.”
Izreen berkata, dia sudah lali dengan tohmahan dan persepsi negatif sejak kontroversi perkahwinannya bersama Ude tercetus lagi.
Sumber dari Berita Harian.

Post comments (0)