Baru beberapa hari lepas, pereka fesyen Rizalman telah nemuat naik satu video memaparkan dirinya bersama penyanyi Dayang Nurfaizah sedang “miming” lagu duet Datuk Ahmad Jais & Datin Rafeah Buang, berjudul Selasih Ku Sayang.
https://www.instagram.com/p/B3nthCuJW8z/
Hari ini, mereka berdua tampil memuat naik beberapa keping foto dengan kepsyen memaklumkan tiket konsert bertajuk Kesuma Jiwa yang akan mula dipasarkan menerusi dalam talian pada 27 Oktober ini.
https://www.instagram.com/p/B3snnuEpaIT/
Poster yang ditulis menggunakan tulisan jawi tersebut turut menyatakan harga tiket mengikut tempat duduk, selain lokasi bagi konsert itu yang bakal diadakan di Istana Budaya.
Rizalman turut mengingatkan pengikutnya agar mengikuti sesi IG Live pada 27 Oktober ini agar proses pembelian tiket ini dapat berjalan dengan lancar, serta supaya semua pihak berpeluang untuk memiliki tiket masing-masing tanpa sebarang penganiayaan.
Dalam pada masa yang sama, Rizalman turut memberitahu sebahagian daripada hasil jualan tiket ini akan disumbangkan ke TAFF (Tunku Azizah Fertility Foundation). Raja Permaisuri Agong Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandarian turut bakal mencemar duli berangkat ke lokasi tersebut.
Sumber daripada: Instagram Rizalman71
Post comments (0)