Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Kontroversi Wanita Main Flying Fox Sambil Pegang Anak, Polis Buka Kertas Siasatan

today14 November 2022

Background

Baru-baru ini tular di media sosial satu rakaman yang memaparkan seorang wanita memegang anak ketika melakukan aktiviti β€˜flying fox’ di Kuala Kubu Bharu.

Terkini, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superitendan Suffian Abdullah mengesahkan pihaknya telah menerima satu laporan berhubung video tular berkaitan kejadian itu.

β€œPada 13 November 2022 Balai Polis Kuala Kubu Bharu telah menerima laporan polis berhubung video tular di platform media sosial memaparkan seorang wanita menjalankan aktiviti lasak yang merbahaya iaitu aktivit flying fox sambil memegang anak kecil dengan mengabaikan keselamatan anak dan dirinya yang berlaku di Kuala Kubu Bharu.

β€œPolis Hulu Selangor telah membuka satu kertas siasatan yang disiasat di bawah seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 Pindaan 2006 bagi menjalankan siasatan terhadap individu yang terlibat,” kata Suffian.

Sehubungan dengan itu, pihak polis meminta masyarakat bertenang dan tidak gusar berhubung isu tular tersebut.

β€œSementara itu phak polis meminta agar ahli masyarakat bertenang dan tidak gusar berhubung isu yang tular.

β€œMasyarakat diseru untuk tampil membuat pengaduan ke balai polis berhampiran sekiranya mempunyai maklumat berkaitan isu yang sedang tular atau meghubungi terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-60641223,” tutupnya.

Terdahulu, XTRA telah membuat satu hantaran video di TikTok @XTRA_MY yang bertajuk β€˜Jangan Terlalu Mengejar Keseronokan Sangat’ – Netizen Luah Rasa Risau Bawa Budak Naik Flying Fox telah memaparkan seorang wanita memegang anak sambil bermain flying fox.

Written by: Aqilah