Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] Caprice & Isteri Terkena Sihir? – “Pelik Kenapa Masih Ada Tenaga Walau…”

today14 November 2022

Background

Sebelum ini, penyanyi rap Caprice pernah berkongsi bahawa isterinya, Farah Inalis pernah terkena sihir akibat ada pihak yang tidak berpuas hati dengannya.

Malah, Caprice turut memuat naik rakaman video isterinya sedang tidur sambil memasang ayat ruqyah di telefon pintar.

ARTIKEL BERKAITAN:Isteri Masih Diganggu, Caprice Cuba Berubat Dengan Ustaz Dan Pengamal Perubatan Islam – “Tidur Sambil Pasang Ayat Ruqyah…”

Terbaru, Caprice atau nama penuhnya, Ariz Ramli, 34, menerusi hantaran terkini di Instagramnya memaklumkan, dia dan isteri kini dipercayai terkena perbuatan sihir itu selepas mengalami masalah tidur malam.

“Awal-awal Cap fikir tidur 3 hingga 4 jam adalah perkara biasa sebab banyak kerja lately… Kita pun pelik kenapa masih ada tenaga walaupun tak cukup tidur. Sampai ubat tidur pun tak jalan. Akhirnya, sahabat kita @toksinga datang dari Kedah check dan ada unsur-unsur sihir. Insya Allah Cap dengan isteri dapat lawan dan cepat sembuh,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, perkara tersebut turut dikongsi oleh Pusat Rawatan Al Idrus (PSAI) menerusi hantaran di TikTok rasmi mereka.

“Kami akan merawat Caprice, kita tengok gangguan apa sebab dia beritahu simptom-simptomnya seperti disihir,” katanya.

 

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar Caprice dan isteri diberikan kesembuhan segera bahkan ada juga yang menasihatkan agar penyanyi itu sentiasa menjaga lisannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

 

Written by: Salma