Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Korban nahas di Kuala Krai meningkat 4 orang

today2 March 2024

Background


Keadaan Perodua Myvi selepas terbabit kemalangan di Jalan Kuala Krai-Gua Musang dekat Kampung Pahi hari ini. (Gambar JBPM Kelantan)

KUALA KRAI: Seorang lagi kanak-kanak terbabit kemalangan dua kereta di Jalan Kuala Krai-Gua Musang dekat Kampung Pahi, di sini meninggal dunia di hospital, menjadikan jumlah korban nahas itu kepada empat orang, kata Pemangku Ketua Polis Kuala Krai, Kamarulzaman Harun.

Beliau berkata, kanak-kanak lelaki enam tahun itu meninggal dunia pada 3.15 petang tadi, ketika dirawat di zon merah Hospital Sultan Ismail Petra, di sini.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku semasa Nissan March dari Gua Musang menghala ke Kota Bharu masuk ke laluan Perodua Myvi dari arah Kota Bharu menghala Gua Musang menyebabkan kedua-dua kereta itu bertembung.

“Dalam kejadian ini, tiga mangsa dalam Perodua Myvi maut di tempat kejadian, manakala dua lagi mangsa (dalam Perodua Myvi) menerima rawatan di Hospital Kuala Krai,” katanya dalam kenyataan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post