Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Skuad muda negara mendapat pengajaran berharga dalam kempen Kejuaraan AFC Bawah 23 Tahun (B-23) selepas tunduk 1-4 bertemu Korea Selatan pada aksi sulung yang berlangsung di Stadium Lokomotiv, Tashkent sebentar tadi.
Pertembungan menentang juara bertahan itu menyaksikan terdapat jurang yang cukup besar dapat disaksikan dalam usaha skuad kendalian Brad Maloney itu untuk memberikan saingan pada perlawanan ini.
Aspek kawalan bola serta kurang ketepatan hantaran kepada rakan sepasukan kerap kali menjadi masalah buat para pemain skuad negara berikutan tekanan hebat diberikan Korea.
Skuad negara bagaimanapun bermula dengan cukup baik apabila Hadi Fayyadh Abd Razak yang mendapat umpanan baik daripada Quentin Cheng melakukan percubaan ke arah pintu gol Korea Selatan seawal minit keempat.
Namun, percubaan separa voli dilakukan pemain yang berkelana di Jepun itu berjaya diselamatkan oleh…