Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kos laksana MyKad Generasi Baharu dianggar RM120 juta setahun

today23 June 2026

Background


mykad ic
Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan penggantian MyKad secara menyeluruh atau tergesa-gesa.
PETALING JAYA:

Kos pelaksanaan MyKad Generasi Baharu dianggarkan sekitar RM120 juta setahun, berdasarkan anggaran pengeluaran sebanyak tiga juta keping kad setahun.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata jumlah sebenar perbelanjaan bergantung kepada bilangan kad yang dikeluarkan pada sesuatu tahun.

“Pelaksanaan MyKad Generasi Baharu dilaksanakan melalui kontrak pembekalan secara ‘pay per issue’, iaitu kerajaan hanya membuat bayaran bagi setiap kad yang berjaya dikeluarkan kepada pemohon,” katanya dalam jawapan bertulis bagi pertanyaan Jalaluddin Alias (BN-Jelebu), disiarkan di laman Parlimen.

Dalam huraiannya, Saifuddin menerangkan kerajaan membayar RM40 bagi setiap kad.

“Fi yang dikenakan kepada pemohon kekal pada kadar RM10 bagi tujuan pemprosesan permohonan tanpa sebarang kenaikan berikutan pengenalan MyKad Generasi Baharu,” katanya.

Sementara itu,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post