

Seorang murid perempuan berusia 10 tahun cedera dan dirujuk ke hospital selepas dipercayai menjadi mangsa buli di sebuah asrama sekolah pada 11 Jun lepas, dengan video kejadian tular di media sosial.
Ketua Polis Tenom, Azmir Abdul Razak, berkata tiga individu dipanggil bagi membantu siasatan, termasuk pelaku yang dipercayai terbabit dalam rakaman serta penyebaran video.
Beberapa barang kes turut dirampas bagi tujuan siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 325 dan Seksyen 507B Kanun Keseksaan, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” menurut kenyataan.
Beliau berkata polis memandang serius sebarang bentuk perbuatan buli, keganasan serta penyebaran kandungan yang boleh mengaibkan atau mengancam mangsa.
“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati terbabit mengikut peruntukan…