
PAPAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) fokus mencari penyelesaian mengenai isu harga ayam segar yang dijual lebih mahal di Sabah dan Sarawak berbanding Semenanjung.
Menterinya, Armizan Mohd Ali berkata, KPDN bekerjasama dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) bagi menjalankan kajian penstabilan harga di Sabah, Sarawak dan Labuan yang turut melibatkan ayam segar, dan hasil kajian itu bakal dibentangkan bulan ini.
Beliau berkata, semua pihak terutama pemimpin politik diminta tidak hanya bercakap tanpa sebarang asas yang kukuh, dan disaran menyalurkan segala maklumat mengenai situasi harga ayam itu kepada KPDN bagi membolehkan penyiasatan terperinci dilakukan.
“Kalau ada maklumat berkaitan harga di sini, dalam tempoh sejam kita akan siasat, dan jika…