
PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan meneliti dan mempertimbangkan jika pengusaha trak penunda kenderaan membuat rayuan untuk mendapatkan subsidi diesel bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).
Timbalan Menteri Fuziah Salleh berkata buat masa ini sesi libat urus secara berterusan akan dilakukan bagi meneliti permohonan yang diterima.
“Sekiranya mereka merayu, kita ada satu jawatankuasa khas untuk melihat kepada rayuan,” katanya kepada FMT.
Terdahulu, lebih 1,000 pengusaha trak penunda kenderaan menggesa kerajaan mempertimbangkan perkhidmatan berkenaan dimasukkan dalam senarai 23 kategori kenderaan layak menerima bantuan diesel bawah SKDS.
Persatuan Trak Tunda dan Pengangkutan Kereta 1 Malaysia (1MTTCC) mendakwa sejak penyasaran subsidi diesel pada 10 Jun,…