KPT juga sedang mengkaji tempoh pengajian program universiti dikurangkan daripada empat kepada tiga tahun bagi mengurangkan bebanan pinjaman pelajar.

PETALING JAYA: Kerajaan sedang mengkaji sistem anjal pembelajaran dari rumah bagi meringankan kos sara hidup pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA), kata Menteri Pendidikan Tinggi, Khaled Nordin.
Langkah itu, katanya, juga dapat membantu mengurangkan pinjaman pelajar.
“Kita sedang kaji untuk memperkenalkan sistem anjal, jadi pelajar boleh belajar di rumah beberapa semester dan kemudian sambung di universiti.
“Pelajar tidak perlu pinjam banyak duit, maknanya belajar di rumah guna komputer, makan minum juga di rumah, jadi kurangkan kos sara hidup mereka,” katanya menurut Bernama.
Khaled berkata, inisiatif pembelajaran dari rumah turut mendapat permintaan pelajar kerana…