
PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bercadang membangunkan sistem e-pemfailan (e-filing) yang membolehkan lebih ramai mangsa gangguan seksual yang berada di luar Putrajaya memfailkan aduan kepada Tribunal Anti Gangguan Seksual.
Menterinya Nancy Shukri berkata ketika ini kaunter aduan tribunal telah beroperasi di Aras G, KPWKM sejak 11 Mac lepas dan bersedia untuk menerima aduan bagi perbuatan gangguan seksual yang berlaku pada atau selepas 8 Mac 2024, iaitu tarikh kuat kuasa Akta Anti Gangguan Seksual 2022.
“Kita dalam proses nak buat (sistem e-pemfailan) supaya ia membolehkan mangsa dari negeri-negeri lain untuk turut melapor di mana saja mereka berada.
“Akta Anti Gangguan Seksual 2022 terpakai di seluruh negara, jadi sementara menunggu sistem itu siap,…