Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Vendor stoking kalimah Allah tiada lesen bungkus produk, kata exco

today21 March 2024

Background


Kilang Xin Jian Chang di Batu Pahat, Johor yang ditutup dan kain rentang memohon maaf berhubung kontroversi stoking tertera kalimah Allah. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Syarikat yang terbabit dalam kontroversi penjualan stoking tertera kalimah Allah tiada lesen untuk aktiviti pembungkusan stoking dan sarung tangan, kata exco Johor.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor Mohd Jafni Md berkata, Xin Jian Chang Sdn Bhd melanggar syarat aktiviti lesen perniagaan yang diluluskan Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP), lapor Bernama.