Bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini telah mempromosikan bandar Muar yang terletak di negeri Johor kepada orang ramai menerusi laman Twitter miliknya.
Namun, apa yang mencuri tumpuan adalah beliau mempromosikan bandar yang turut digelar Banda Maharani itu menggunakan aplikasi Tik Tok!
Kreatif sungguh pemuda ini kan! Jom kita tengok video di bawah:-
Presenting, the beauty that is Muar! Datang Muar boleh roger ❤️☀️ pic.twitter.com/TJJ12FQER3
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) July 5, 2020
Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih daripada 190,000 kali selain mendapat reaksi positif daripada pelbagai pihak.
“Presenting, the beauty that is Muar! Datang Muar boleh roger,” tulisnya
Semoga usaha murni Syed Saddiq sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan kedatangan pelancong sekaligus memajukan sektor tersebut dengan menjadikan ia sebagai sumber pendapatan.
Post comments (0)