Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

KTMB mohon maaf, kelewatan komuter akibat ribut petir

today23 March 2023

Background


KTMB berkata, kelewatan itu berpunca daripada gangguan bekalan elektrik di beberapa laluan akibat hujan lebat dan ribut petir.

Pengguna menyuarakan kemarahan mereka di media sosial atas kelewatan perkhidmatan komuter akibat gangguan bekalan elektrik. (Gambar Twitter)

PETALING JAYA: Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) memohon maaf atas gangguan perkhidmatan di beberapa stesen di Lembah Klang hari ini.

Menurutnya, ia berpunca daripada gangguan bekalan elektrik di beberapa laluan akibat hujan lebat dan ribut petir.

Katanya, kelewatan berlaku di laluan Kepong – Rawang, Rasa – Slim River dan Batu Caves – Taman Wahyu.

“Gangguan ini memberi kesan kelewatan sehingga 120 minit kepada tren di laluan tersebut,” katanya dalam catatan di Facebook.

Sesetengah pengguna menyuarakan kemarahan mereka di media soaial. Ada yang menuntut wang dipulangkan, ada pula yang mencadangkan KTMB tampil dengan rancangan sokongan bagi mengatasi gangguan sedemikian.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post