Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

‘Ku Bersuara’ Versi Mafarikha

today14 February 2020

Background

Penyanyi yang bakatnya dicungkil menerusi program realiti TV, Vokal Bukan Sekadar Rupa pada tahun 2011, Mafarikha telah mencuri perhatian ramai pada 10 Februari lalu.

Mana tidaknya, gadis berusia 27 tahun itu telah memukau pengikutnya di laman Twitter apabila memuat naik video cover menyanyikan lagu Ku Bersuara nyanyian Ernie Zakri yang juga finalis Anugerah Juara Lagu Ke-34 (AJL34).

https://twitter.com/mafarikha/status/1226883724144328704

Fuh, boleh tahan tinggi suara Mafarikha! Terbukti nyanyiannya masih berbisa apabila vokalnya menerima pujian ramai.

https://twitter.com/lagilagihoney/status/1227222797337808896

https://twitter.com/shahnor19/status/1227437809197252609

Setakat artikel ini ditulis, video berdurasi satu minit itu berjaya meraih lebih 172,600 tontonan, 6,100 retweets dan 12,200 tanda suka daripada peminatnya.

Siapa yang menjadi favourite korang? Versi Ernie atau versi Mafarikha?

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *