
SHAH ALAM: Kuasa veto akan menjadi penghalang kepada resolusi gencatan senjata di Gaza diterima pada perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) hari ini, kata Dr Mahathir Mohamad.
Justeru, bekas perdana menteri itu menyifatkan ‘tiada’ keputusan dibuat pada persidangan berkenaan kerana ada negara tidak bersetuju dengannya iaitu sekutu Israel yang menyerang Palestin.
“Bila ada kuasa veto tak boleh buat keputusan kerana satu negara tak setuju semua tak boleh buat.
“Jadi PBB tiada kuasa langsung selain daripada bidang perubatan apa semua itu tetapi berkenaan politik gagal,” katanya pada sidang media khas himpunan 1,000 wanita Melayu.
“Sebenarnya masalah berlaku sekarang disebabkan PBB buat keputusan mengambil secebis (tanah) daripada Palestin (dan) bagi kepada Israel, tak tanya atau buat referendum sama ada orang Palestin setuju atau tidak.”
Mahathir…