Setiap individu di muka bumi ini pasti ada sesuatu barang yang amat berharga ataupun sentimental value yang dipakai atau di simpan untuk dijadikan kenangan. Tidak kira lah sama ada barang itu mahal atau murah, harga bukanlah ukurannya.
Terbaharu, menerusi laman sosial Facebook, pengguna yang bernama Hyza Ezany berkongsi bahawa dia sedang mencari pemilik sebenar wang kertas RM10 yang terakhir diberikan oleh ayah pemilik pada 21 Mei 2010 iaitu kira-kira 10 tahun lalu.
Dia ingin memulangkan kembali wang kertas itu secara percuma jika berjaya menjumpai pemiliknya.
https://www.facebook.com/hyza.ezany/posts/2752831938112260
Bagaimanapun, semalam Hyza Ezany telah memuat naik satu lagi perkongsian memberitahu bahawa pemilik wang kertas itu sudah ditemukan.
https://www.facebook.com/hyza.ezany/posts/2756147454447375
Post comments (0)