Site icon Hot FM

Kuasa Viral Temukan Semula Pemilik Asal RM10 Pemberian Terakhir Bapa

Setiap individu di muka bumi ini pasti ada sesuatu barang yang amat berharga ataupun sentimental value yang dipakai atau di simpan untuk dijadikan kenangan. Tidak kira lah sama ada barang itu mahal atau murah, harga bukanlah ukurannya.

Terbaharu, menerusi laman sosial Facebook, pengguna yang bernama Hyza Ezany berkongsi bahawa dia sedang mencari pemilik sebenar wang kertas RM10 yang terakhir diberikan oleh ayah pemilik pada 21 Mei 2010 iaitu kira-kira 10 tahun lalu.

Dia ingin memulangkan kembali wang kertas itu secara percuma jika berjaya menjumpai pemiliknya.

Bagaimanapun, semalam Hyza Ezany telah memuat naik satu lagi perkongsian memberitahu bahawa pemilik wang kertas itu sudah ditemukan.

Semoga usaha murni yang dipaparkan oleh wanita ini menjadi pengajaran dan contoh yang baik buat masyarakat lain di luar sana.
Exit mobile version