Hubungan adik-beradik umpana ‘air dicincang tidak akan putus’ kerana masing-masing mempunyai pertalian darah, rupa paras yang hampir serupa dan lahir dari rahim ibu yang sama.
Biarpun ada yang lama terpisah atas beberapa faktor, jika sudah tertulis takdir Tuhan bertemu kembali, pasti akan bersama jua.
Itulah yang terjadi kepada seorang gadis yang tular di media sosial Twitter apabila dia bertemu kembali dengan dua orang kakaknya setelah putus hubungan sejak dia berusia 8 tahun.
Pada awalnya, gadis ini telah memuat naik satu posting di Twitter mencari adik-beradik kandungnya yang terpisah sejak kecil lagi. Dia juga sempat menyertakan wajah mereka sekeluarga ketika kecil sebagai rujukan.





Ternyata usaha yang dilakukan membuahkan hasil apabila ramai yang membantu ‘viralkan’ posting beliau sehingga salah seorang daripada kakaknya telah membalas status tersebut di Twitter.

Siapa sangka impiannya untuk berjumpa dengan kakak-kakaknya sebelum mendirikan rumah tangga akhirnya dimakbulkan, dan menyentuh hati ramai netizen yang menyifatkan pertemuan adik-beradik itu sebagai sesuatu yang istimewa.
Malah, salah seorang lagi kakak gadis tersebut juga tampil menyatakan bahawa dia pernah mencuba mencari adiknya dengan meminta bantuan netizen di laman sosial Instagram namun tidak ditemui.
Ini part yang aku pernah post untuk cari adik aku yang hilang dan dah lama tak jumpa , mak anak anak mak dah bersatu 🥺 nanti kami pergi jumpa mak ok . Moga mak tenang dekat sana
Al-fatihah pic.twitter.com/FvN8wO73Zc
— NYNE (@AmeraNajeha_) August 6, 2019
Actually masa tu semua kecik lagi dan tak tahu macam mana benda ni boleh belaku 🥺 , aruah mak pun dah tak ada nak dicerita kan balik . Btw tq sangat yang ambik tahu dan RT twitter sampai kami bersatu semula ✨
— NYNE (@AmeraNajeha_) August 6, 2019
Sebenarnya, pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengesan adiknya itu namun belum membuahkan hasil sehinggakan perkongsian di Twitter tempoh hari tular.
Mereka juga telah membuat WhatApps group sesama mereka bagi memudahkan hubungan yang terpisah kembali terjalin semula.

Jom dengarkan perbualan yang sempat dirakam antara Elyna bersama GPH pagi hari ini.
https://www.instagram.com/p/B014n74hfSz/
Post comments (0)