Masih belum terlambat untuk Hot FM mengucapkan tahniah buat Kugiran Masdo kerana telah berjaya menempatkan diri ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu yang ke-34 dengan mempertaruhkan lagu berjudul ‘Dinda’.
Mungkin tidak sepopular sesetengah lagu yang dipertandingkan, lagu ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri, very catchy dan tidak semena-mena anda tentu akan menyanyi bersama-sama.
Jun lalu, kumpulan ini telah terbang ke London bagi merakamkan album kedua mereka di studio terkenal, Abbey Road Studios dan setelah menghadapi pelbagai rintangan, vokalis Kugiran Masdo, Ali Sariah, meluahkan rasa syukur apabila album tersebut bakal dilancarkan pada 11 Januari 2020.
Klik sini untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Post comments (0)