PETALING JAYA: Sebuah persatuan masyarakat mohon diadakan pertemuan dengan Pejabat Daerah dan Tanah Gombak melibatkan dua kubur orang Islam di kawasan perkuburan mangsa 13 Mei di Sungai Buloh, yang mana baru-baru ini digazet sebagai perkuburan bukan Muslim.
Kumpulan itu, Sekretariat Angkatan Islah Rakyat (AIR), mempersoalkan keputusan kerajaan Selangor menggazet kawasan itu, apabila tidak dilakukan sebarang dialog atau penglibatan awam, sambil menekankan kurangnya tatakelola.
Pihak sekretariat juga bimbang NGO bukan Islam, Persatuan Sahabat Warisan Kuala Lumpur dan Selangor (Pesawa) diberi hak menguruskan perkuburan itu, mengambil kira ada sejumlah kubur orang Islam di kawasan itu.
Semalam, Setiausaha Pewasa Law Jing, berkata pihaknya bercadang bertemu pegawai tanah bagi menjelaskan perkara itu kerana permohonan kumpulan berkenaan…