
Persekutuan Pekilang Malaysia (FMM) mencadangkan kerajaan merangka suatu pelan tindakan mengenai kuarters buruh, bagi menangani kekurangan penginapan pekerja khususnya di kawasan industri utama dan hab logistik.
Presiden Soh Thian Lai berkata kekurangan ‘penginapan pekerja berpusat’ (CLQ) dan ‘penginapan pekerja jangka pendek’ (TLQ) menjejaskan kebajikan pekerja, serta pematuhan majikan pada Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja.
Katanya lagi, majikan yang sering berdepan kelewatan dalam mendapatkan kelulusan pembangunan serta melalui proses birokrasi menyukarkan penyediaan tempat tinggal selamat dan teratur untuk pekerja.
Sehubungan itu, FMM mencadangkan tiga langkah utama di bawah pelan tindakan berkenaan, iaitu mempercepat kelulusan pembangunan CLQ dan TLQ, pemberian insentif khusus kepada majikan dan pemaju untuk membina atau menaik taraf penginapan yang sesuai, serta model…