Mula dilancarkan pada 19 April lalu di seluruh pelantar muzik dan YouTube, Sumpah nyanyian Naim Daniel kini meraih lebih 3 juta tontonan.
Sementara itu, menerusi kemas kini Naim di laman Instagram miliknya, pencapaian ini tidak akan dapat direalisasikan tanpa sokongan daripada para pendengar dan peminatnya.
Dalam perkembangan lain, lagu ini turut dipilih untuk menjadi lagu tema drama bersiri Pia yang turut menampilkan Naim sebagai pelakonnya.
Menerusi drama berkenaan, Naim telah dicabar untuk membawa watak Budi iaitu seorang penghidap ‘cerebral palsy’.
https://www.instagram.com/p/BxMEuW9B7xU/
Jelas Naim, dia mengambil masa dua bulan untuk persiapan membawa watak itu sebelum ke set penggambaran.
Drama Pia yang disiarkan setiap Rabu-Jumaat jam 9 malam menerusi saluran TV3 turut menampilkan Zara Zya, Alif Satar dan Azira Shafinaz.
Post comments (0)