Kumpulan yang popular menerusi lagu Biarkanlah, Drama Band berjaya mencuri perhatian pengikut apabila video muzik lagu terbaharu mereka Satu Satu mencecah 1 juta tontonan di laman Youtube.
Lebih menarik lagu, video berkenaan dimuat naik pada 18 November lalu, bermakna hanya kurang sebulan lagu tersebut sudahpun mendapat perhatian pendengar.
Sebelum ini, klip video berkenaan pernah dikatakan menyelar kontroversi penyanyi Baby Shima dengan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri.
Sebaliknya menurut vokalis kumpulan berkenaan, lagu itu berkisar sikap individu yang rela berbuat apa sahaja di laman sosial sehingga sanggup mengetepikan maruah diri bagi mengejar populariti.
Menurutnya juga, banyak mesej tersirat dalam video muzik tersebut yang boleh dijadikan pengajaran.
Satu-satu merupakan lagu ciptaan sepenuhnya Drama Band dan muzik diiringi AG Coco.
Post comments (0)