Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
La Liga secara rasminya mengumumkan bahawa mereka telah membuat aduan rasmi tentang PSG dan Manchester City yang menurut mereka telah merosakkan struktur bola sepak dan pasaran pemain.
Presiden La Liga, Javier Tebas meminta UEFA bertegas ke atas 2 kelab yang dibiayai dana berdaulat ataupun kelab negeri.
Tindakan Manchester City mendapatkan Erling Haaland baru baru ini membuatkan Tebas merasakan ada sesuatu yang tak kena dalam perpindahan tersebut.
Seterusnya Kylian Mbappe menolak tawaran Real Madrid pada saat akhir dan memutuskan untuk terus kekal di PSG.
Dua pemain tersebut dikaitkan dengan Real Madrid sebelum ini. Tetapi kedua dua pemain ternyata tidak datang ke Sepanyol.
Manchester City mengesahkan bahawa mereka membayar klausa pelepasan £51 juta pada kontrak Haaland. Laporan oleh Kaveh Solhekol dari Sky Sports menyatakan bahawa perjanjian itu, termasuk gaji dan yuran ejen,…