Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Stadium Nasional Bukit Jalil Ditutup Mulai Hari Ini Untuk Kerja Baik Pulih Padang

today15 June 2022

Background




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) semalam mengumumkan venue rasmi Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil telah ditutup mulai hari ini untuk kerja baik pulih keadaan padang dan fasilitinya.

Menurut kenyataan rasmi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pihaknya memandang serius terhadap isu kualiti padang dan fasiliti venue berkenaan selepas dikritik hebat oleh penyokong bola sepak tempatan ketika aksi Kelayakan Piala Asia 2023 yang berakhir semalam.

β€œPerancangan awal KBS adalah menutup Stadium Nasional pada penghujung Mac 2023 untuk memulakan kerja baik pulih, namun keadaan semasa memerlukan tindakan lebih segera.

β€œKeperluan baik pulih dan penambahbaikan amat mendesak dan tidak boleh ditangguhkan. Dengan ini, KBS ingin memaklumkan SNBJ akan ditutup mulai Rabu bagi kerja baik pulih dimulakan,” katanya.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Sulaiman


Previous post