Menerusi posting yang dimuat naik oleh Rizman Ruzaini di akaun Instagram, Lady Gaga dilihat mengenakan busana gaun labuh berwarna merah hati sambil menyanyikan lagu popularnya, Americano.
Apa yang lebih mencuri perhatian ramai adalah, gaun itu dihiasi dengan ribuan batu Swarovski! Lady Gaga turut dilihat bermain piano di konsertnya itu.
Difahamkan, persembahan tersebut berlangsung di Park MGM Las Vegas sejak 19 Jun hingga 6 Julai 2024.
Terdahulu, model antarabangsa Naomi Campbell pernah memperagakan busana rekaan Rizman Ruzaini di Minggu Fesyen Dubai pada Oktober tahun lalu.