Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

Lagu Berserah Akhirnya Dah Ada Video Muzik Rasmi

today4 November 2019

Background

Tuhan tolongΒ ampunkan dosa-dosaku, Ku berserah…

Ha, mesti part ini selalu melekat kat kepala korang kan?

Lagu berentak R&B hip hopΒ dendangan pelawak, pelakon dan pengacara Zizan Razak bersama penyanyi muda, Ismail Izzani ini begitu sedap didengar malah cukup popular dalam golongan muda sejak ia diperdengarkan April lalu.

Pada 1 November, lagu Berserah ciptaan Alif telah melancarkan video muzik rasmi di laman YouTube dan sudah ditonton lebih 180,000 kali.

Cantik kan visual di dalam video muzik ini?

Untuk pengetahuan,Β Austria dijadikan sebagai lokasi penggambaran untuk bahagian rap Zizan.

Berserah mengisahkan karakter manusia yang melakukan kesilapan berkali-kali dan tidak lagi mendapat peluang membetulkan kesilapannya.

Namun, dia menyerahkan segalanya kepada ketentuan takdir dan percaya setiap yang berlaku adalah perancangan daripada Tuhan.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *