Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

Lagu Ghost Guna Bahasa Kesat? Ini Respon Aina Abdul.

today25 November 2019

Background

Penyanyi dari program Mentor Legend 2014, Aina Abdul tampil dengan single terbaru berjudul Ghost.

Lirik lagu tersebut bagaimanapun menerima kritikan apabila menggunakan kata-kata kesat.

Aina yang juga penulis lirik lagu terbabit tampil menjelaskan perkara itu hanya sebagai gambaran kemarahan.

β€œSaya sedar bukan sahaja di Malaysia, namun masyarakat luar juga sensitif dengan penggunaan perkataan kata-kata kesat itu. Saya pula tidak berniat untuk memberontak atau bersikap kurang sopan, sebaliknya bagi meluahkan rasa amarah dengan situasi yang digambarkan.

β€œSimbolik penyerahan tubuh dalam lirik lagu itu pula boleh diterjemahkan dalam pelbagai bentuk, seperti seseorang yang sudah melakukan pelbagai pengorbanan, namun tidak dihargai.

β€œIa diilhamkan daripada kisah hidup mereka yang berada di sekeliling, sama seperti lagu Sumpah,” katanya ketika ditemu bual wartawan, Farhana Ab Rahman.

Aina yang popular menerusi lagu Sumpah berharap Ghost menepati keinginan peminat dan diterima ramai.

Sejak dimuat naik pada 21 November lalu, video lirik lagu bahasa Inggeris ituΒ meraih lebih 7,000 jumlah tontonan di laman YouTube.

Sumber: Berita Harian

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *