Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Lagu Tema Frozen 2 Versi Korea Milik Taeyeon

today31 October 2019

Background

Tahniah! Penyanyi yang juga anggota Girls’ Generation, Taeyeon terpilih untuk menyanyikan lagu tema filem animasi popular Frozen 2, Into the Unknown.

Pengumuman itu dibuat oleh Disney Korea menerusi laman Instagram mereka.

https://www.instagram.com/p/B4M_f9IHoNO/

Taeyeon bakal menyanyikan lagu Into The Unknown versi bahasa Korea dalam usaha mempromosikan filem antarabangsa itu di negara berkenaan.

Versi asal lagu tersebut masih dinyanyikan aktres Broadway terkenal, Idina Menzel yang turut menyanyi lagu Let It Go daripada sekuel Frozen terdahulu.

Frozen 2 arahan Jennifer Lee dan Chris Buck akan ditayangkan di pawagam seluruh dunia bermula 22 November ini menceritakan mengenai pengembaraan terbaharu Elsa, Anna, Kristoff, Olaf dan Sven yang penuh mencabar!

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *