Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Lakonan Diana Danielle ‘Menjadi’ Dalam Camelia

today3 February 2020

Background

Haa! Siapa tengok drama Camelia episod kesembilan pada 30 Januari lalu?

Rata-rata peminat memuji hasil lakonan Datin Diana Danielle yang membawa dua karakter berbeza atau split identiti dalam drama 15 episod itu.

https://www.instagram.com/p/B78E9uVluQk/

Kata salah satu pengikut Diana di media sosial, bukan senang untuk menjayakan dua watak di dalam satu masa iaitu sebagai Mariam yang lebih kepada lemah lembut manakala Camelia pula begitu tegas mempertahankan haknya sebagai seorang kakak.

Drama Camelia bersiaran setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam menerusi slot Samarinda di TV3, turut dibintangi pelakon-pelakon hebat lain seperti Saharul Ridzwan, Ain Edruce, Hafidz Roshdi, Lisdawati, Zarina Zainuddin, Aidil Aziz dan ramai lagi.

Tidak dinafikan, drama ini berjaya menarik perhatian penonton kerana jalan ceritanya yang berkait rapat dengan realiti kehidupan masyarakat selain watak Diana dan Ain Edruce (Marina) yang cukup menjadi!

Sinopsis Camelia

Mengisahkan tentang kehidupan sebuah keluarga yang porak peranda disebabkan perangai anak-anak yang suka meroyan. Pada tahun 1999, tiga adik-beradik iaitu Malik, Mariam dan Marina tinggal bersama ibubapa mereka, Halim dan Zainab, dan nenek sebelah emak mereka, Tok Su. Mereka bukan keluarga kaya dengan bekerja mengerjakan sawah yang dipajak.

Mariam tertekan semenjak kecil kerana selalu dipandang rendah oleh neneknya, Tok Su. Tok Su sering lebihkan adiknya, Marina yang dikatakan amat cantik berbanding dirinya.

Walaupun emak, ayah dan abang angkatnya, Malik berada dipihaknya Mariam tetap tertekan. Kejahatan Marina juga membuatkan Mariam trauma. Tekanan dan trauma yang berterusan kemudiannya telah menyebabkan  Mariam memiliki ‘split identiti’.

Identiti dimana dia mahu kelihatan lebih cantik daripada Marina. Identiti yang bernama ‘Camelia’. Camelia mula menguasai diri Mariam dalam usaha membalas dendam di atas setiap perbuatan jahat Marina.

Malik yang akhirnya menjadi suami Mariam harus berusaha untuk mengembalikan Mariam sebelum Camelia mengambil alih sepenuhnya badan Mariam. Malik berharap kekuatan cinta mereka berdua yang dipupuk sedari kecil dapat mengalahkan ‘Camelia’.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *