Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

‘Laku Keras’, Ini 3 Pelakon Kanak-Kanak Yang Pernah Terkenal

today10 September 2020

Background

Semakin hari industri hiburan dibanjiri dengan ramai pendatang baharu, sampai ada yang tak terkejar untuk tengok drama lakonan mereka.

Siapa masih ingat lagi barisan pelakon yang pernah terkenal ketika mereka masih kecil? Agaknya apa la yang mereka lakukan sekarang ini ya?

Mungkin ada yang dah habis sekolah? Jom kita tengok sikit beberapa barisan pelakon kanak-kanak yang paling laku keras suatu ketika dahulu:-

MIA SARA NASUHA

https://www.instagram.com/p/CBPkFZYJtkG/

Waktu zaman kemuncak kerjaya Mia, wajahnya sering menjadi watak kanak-kanak yang digemari ramai.

Dengan keletahnya bercakap membuatkan ramai sukakan lakonan yang disampaikan oleh pelakon berbakat yang kini berusia 15 tahun.

Tengok sahaja la berapa banyak filem yang sudah dibintangi oleh Mia sendiri.

Kini, Mia memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pembelajaran di sekolah sekaligus karier lakonannya dikurangkan buat sementara waktu.

Tapi Mia ni ada ramai followers ya dekat TikTok, ramai yang sukakan gaya sopan si comel ini.

RAYKARL ISKANDAR

https://www.instagram.com/p/CCSMye_AczI/

Raykarl ini memang geng sekali dengan Mia la, selalu juga mereka berlakon bersama.

Bukan itu sahaja, Raykarl juga sering menjadi pilihan pengarah drama tempatan untuk menjadi watak utama dalam beberapa drama.

Bila dah besar ni makin handsome pula ya, tapi watak kanak-kanak itu masih lagi nampak di dalam dirinya itu.

MYSARRA SYAHFIEDZRIEN

https://www.instagram.com/p/CDnKgHepy7Q/

Mana dia peminat drama Diari Ramadan Rafique? Mesti korang kenal dengan pelakon cilik yang bernama Mysarra ni kan?

Ingat lagi tak drama Bong terbitan TV3 dulu? Ha, drama tu pun Mysarra ada berlakon juga.

Selain berlakon dalam drama ini, Mysarra juga ada membintangi drama lain ketika usia kecilnya.

Itu dulu la, tapi kini Mysarra sudah berusia 21 tahun! Alamak rasa macam dah tua pula bila Mysarra sendiri dah masuk usia 20-an.

PUTERI BALQIS

Terima Komen Negative, Puteri Balqis Deactivate Instagram | Lunaria

Siapa je yang tak kenal dengan susuk tubuh kecil molek ini?

Nama Puteri Balqis sering disebut sebagai salah seorang pelakon kanak-kanak yang sangat berbakat.

Lebih hebat lagi apabila Puteri sendiri pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama menerusi Anugerah Skrin ke-18.

Namun kerjaya seni Balqis terpaksa dikurangkan akibat penyakit kanser hati yang dihidapinya kini.

Semoga urusan Balqis sentiasa dipermudahkan.

Since mereka semua sudah besar, mesti sekarang ni dah ada ramai pengganti pelakon cilik.

Mana tahu lepas ni mereka semua buat comeback dan berlakon jadi hero atau heroin pula ke, kan?

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *