Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Tempoh lanjutan yang diberikan oleh Malaysian Football League (MFL) bagi Perak untuk menyelesaikan rundingan pertukaran pemilikan sehingga 29 April ini telah mengundang kelegaan buat pegawai dan pemain Perak FC.
Menurut ketua jurulatih, Yusri Che Lah, beliau berterima kasih dengan keputusan yang dibuat MFL melalui First Instance Body(FIB) yang masih sudi memberikan peluang kedua buat pengurusan menyelesaikan segala urusan pemindahan pemilikan.
Justeru, beliau mengharapkan pihak pengurusan kelab tersebut dapat menggunakan kesempatan yang telah diberikan demi memastikan nama Perak tidak terkubur dari peta bola sepak Malaysia.
“Saya rasa sangat bersyukur dengan keputusan MFL yang masih benarkan lanjutan walaupun sepatutnya telah berakhir hari ini.”
“Kami amat memerlukan bantuan sebegini daripada MFL kerana semua orang tahu,hanya bola sepak sahaja periuk nasi buat pemain serta…