Pelakon Lufya Omar memaklumkan, setiap kali dia memuat naik atau berkongsi mengenai isu di negara bergolak, pengikut dan penonton di Instagramnya akan berkurang.
Malah, menerusi perkongsian di Instagram Story nya, dia kelihatan membuat sesi Live mengenai majlis ilmu yang dihadirinya, namun penonton dan pengikutnya tidak menunjukkan peningkatan.
Tidak kisah dan berputus asa untuk terus menyebarkan informasi mengenai apa yang berlaku di sana, Lufa bagaimanapun menganggap itu adalah salah satu bentuk ujian untuknya dan semua orang Islam untuk terus bercakap dan menunjukkan solidariti terhadap penduduk Gaza.
“Tak bergerak viewers di feed, story subhana-Allah… Bila post pasal Palestin. Tak apa Allah bukan nak tengok hasil tetapi usaha kita sebagai hambanya. Apa yang jadi adalah ujian buat kita semua
“Komen Palestin bila letak bendera atau perihal di sana macam biasa viewers dan followers akan drop even tiba-tiba hilang,” kongsinya.
Dalam pada itu, Lufya mengaku tidak semua orang di berikan rezeki dan kekuatan untuk tampil berani dan lantang menyuarakan pendapat mengenai isu di sana.
“Anyway, mungkin ada yang belum diberikan rezeki ilmu, mungkin ada yang masih takut soal rezekinya, mungkin ada beribu alasan untuk tidak menyuarakan, menyokong dan membela tanah Islam sedunia iaitu Masjid Al-Aqsa. Sampaikan kepada mereka bukan kerana membenci tetapi kerana sayang,” katanya.

