Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Lantik Peguam Sebagai JKP Sebutan Kes Cerai, Farid Kamil Enggan Cerai Diana Danielle

today22 January 2025

Background

Pelakon Farid Kamil enggan menceraikan isterinya yang juga aktres Diana Danielle susulan kes prosiding perceraian mereka sebelum ini.

Malah, Farid telah melantik peguamnya iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan sebagai wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) sebelum tarikh laporan kedua-dua belah pihak mengenainya disebut pada 24 Mac depan.

Memetik laporan Harian Metro, Fakhrul berkata,  perbincangan di antara kedua-dua belah pihak sentiasa terbuka sekiranya mereka ingin berdamai atau pun berbaik semula.

“Jika mereka ingin berbincang untuk berdamai atau berbaik semula memang tiada masalah memandangkan pasangan ini masih lagi suami isteri.

“Apa-apa pun kita tunggu sahaja proses seperti mana diarahkan oleh mahkamah,” katanya kepada pemberita.

ARTIKEL BERKAITAN:Meski Sedang Melalui Proses Cerai, Diana Danielle Terbuka Bekerjasama Dengan Farid Kamil

ARTIKEL BERKAITAN:“Bila Rindu Isteri & Anak-Anak Saya Istighfar Banyak-Banyak” – Farid Kamil

ARTIKEL BERKAITAN:Diana Danielle Minta Dilepaskan, Janji Gugurkan Tuntutan Nafkah Tertunggak Farid Kamil

Dalam pada itu, Farid, 43, berharap JKP itu akan menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka dan kekal dengan pendirian tidak mahu menceraikan Diana.

“Saya mengharapkan doa yang terbaik untuk masa depan. Saya hanya perlukan doa yang baik-baik dan pendirian masih kekal (bersama Diana),” ujarnya.

Pada 10 Ogos tahun lalu, Farid dan Diana bercerai talak satu namun mereka memilih untuk kembali rujuk selepas 21 hari berpisah.

Bagaimanapun Diana memfailkan permohonan cerai buat kali kedua terhadap Farid pada 4 November tahun lalu.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.

ARTIKEL BERKAITAN:Diana Danielle Minta Dilepaskan, Janji Gugurkan Tuntutan Nafkah Tertunggak Farid Kamil

ARTIKEL BERKAITAN:Tiada Persefahaman & Berlaku Shiqaq… Sebutan Pertama Bagi Permohonan Rujuk, Perceraian Kedua Diana Danielle, Farid Kamil Pada 20 November Ini

ARTIKEL BERKAITAN:Mahu Lalui Proses Cerai, Diana Danielle Gesa Farid Kamil Segera Keluar Rumah – “Saya Dah Beri Notis”

 

Sumber: Harian Metro

Written by: Salma


Previous post