Sejak kebelakangan ini, bekas suami penyanyi Adira Suhaimi, Datuk Red dilihat kerap membuat sesi live di TikTok.
Terbaharu, tular sebuah video Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu membuat live bersama pempengaruh, Sakinah Ondu.
Dalam perkongsian tersebut, Sakinah yang berlakon menjadi seorang nenek yang pekak secara spontan masuk ke dalam live Datuk Red sekali gus membuat rata-rata pengikut mereka pecah perut dengan jenaka mereka.
@zulaikha_mus dato red live dgn sakinah part 1 #datored #abgred #sakinah ♬ original sound – ZULAIKHA ☑️
Terhibur dengan gelagat mereka, perkongsian tersebut telah dihujani pelbagai respons berbaur terhibur di ruangan komen.
Malah, ada juga yang meminta agar Datuk Red dan Sakinah kerap membuat live bersama.


