Drama 7 Hari Mencintaiku 2 merupakan kesinambungan kepada drama 7 Hari Mencintaiku pada tahun 2016, siri ini memulakan tayangan perdana di slot Akasia TV3 pada 2 Julai 2020 dan dibintangi oleh Siti Saleha yang memegang watak sebagai Mia Adriana dan Shukri Yahaya sebagai Khuzairi.
Drama yang semakin mendapat perhatian penonton ini tular lagi di laman sosial baru-baru ini, apabila seorang pengguna di Twitter berkongsi scene Khuzairi mengatakan dia mencintai isterinya, Mia Adriana sehingga hujung nyawa, dengan kapsyen,
“Husband of the year”
Sumber : Twitter @IdiotNotchild
Ciapan yang mendapat lebih 7 ribu retweet dan 13 ribu likes itu boleh menandakan bahawa ramai penonton yang setuju dengan kenyataan itu. Mana tidaknya, pelbagai rintangan yang dihadapi oleh Khuzairi, tetapi dia masih lagi setia dan tak pernah putus asa dengan isterinya.
Kat mana nak jumpa lelaki sebaik ini?
Bukan itu sahaja, ada yang lebih mencuti hati apabila Shukri Yahaya memberikan reaksi spontan apabila melihat scene itu sendiri.
https://twitter.com/Mamasaberz/status/1287857282533924864
“Banyak complain lah dia ni”
“Saya tak faham kenapa lelaki ni sabar sangat dengan isteri dia ni”
“Kalau saya dah tangan dah dia ni!” – Kata Syukri sambil bergurau ketawa
Haa ini lah Khuzairi in real life. Bermacam reaksi warganet yang turut terkesan dengan scene itu, Shukri sendiri pun turut berasa ‘bengang’ dengan karakternya itu sendiri, apa lagi korang KAN?
Apa-apa pun, ini hanya drama semata-tau, jangan terbawa-bawa pula.
Post comments (0)