Adat mengacara sesebuah program secara langsung (live) pasti tiada yang sempurna. Tapi sebenarnya saat-saat begitulah yang akan menjadi kenangan manis yang tidak dapat dilupakan lebih-lebih lagi apabila ia menjadi bualan orang ramai.
Perkara yang sama itu terjadi kepada pelakon, pelawak dan pengacara Sherry Al-Hadad sewaktu mengendalikan rancangan Muzik-Muzik 35 pada 27 April lalu.

“Marhaban tiba, Marhaban tiba, Marhaban tiba.. Eh…”
Ketika siaran program hiburan berkenaan membuka tirainya, selebriti yang terkenal dengan perwatakan ceria itu sebenarnya ingin menyanyikan lagu yang dipopularkan oleh Opick iaitu Ramadan Tiba.
Namun tanpa disangka-sangka, perkataan yang keluar daripada mulutnya adalah “Marhaban Tiba” sebanyak tiga kali.
Perkara itu turut disedari oleh rakan hos dan penyampai radio Hot FM Haziq Hussni yang kemudian menegur kesalahannya sambil berseloroh.
`Marhaban Tiba’ pun boleh HAHAHAHA
Sherry : Dh live ke? 🤣 pic.twitter.com/kqDejRmKX7— SharulHazim (@AziemHisham) April 27, 2020
Video berkenaan sehingga kini telah mendapat lebih daripada 11,000 perkongsian selain lebih daripada 90,000 tontonan di laman sosial Twitter menerusi muat naik seorang pengguna yang bernama Sharul Hazim.
Post comments (0)