Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Layan Ibu Bak ‘Princess’, Lelaki Ini Dipuji Netizen!

today16 May 2019

Background

Ibu adalah kurniaan terindah dari tuhan buat kita.

Baru-baru ini menerusi laman Instagram seorang jejaka bernama @rajazulyadiy dia berkongsi sebuah video melayan ibu yang tercinta pergi ke bazaar Ramadan.

Menerusi video tersebut, lelaki ini menjelaskan sudah lama tidak menjejakkan kaki di bazaar bersama-sama ibu kerana beliau tinggal di Mesir.

https://www.instagram.com/p/BxKRvebgK9w/?utm_source=ig_web_copy_link

Sweet sangat kan cara anak-beranak ini bermanja sambil menaiki motosikal untuk melihat juadah berbuka puasa? Siap berpegangan tangan lagi!

Lantas, lelaki ini mendapat pujian daripada netizen yang kagum dengan sikap penyayangnya terhadap seorang ibu terutama apabila dia langsung tidak malu untuk meluahkan ‘ I love you so much’ kepada ibu sendiri.

Jangan tipu, mesti ramai kat luar sana yang masih rasa kekok dan segan untuk ucap I love you pada ibu kan? Contohilah sikap yang ditunjukkan jejaka ini.

Jangan hanya pandai buat girlfriend boyfriend anda je tersenyum, tetapi juga ibu anda.

Syurga kan terletak di telapak kaki ibu? Bahagiakan mereka selalu okay!

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *