Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Lebarkan Sayap Ke Eropah, Safawi Rasid Tinggalkan JDT

today26 August 2020

Background

Penyerang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid bakal melebarkan sayapnya untuk beraksi di pentas eropah sekali gus meninggalkan skuad Harimau Selatan.

Safawi menerima tawaran kelab Liga Portugal, Portimonense SC semalam. Pengarah Sukan JDT, Martin Prest mengesahkan perkara tersebut dalam entri di laman Facebook Johor Southern Tigers.

“JDT ingin mengesahkan kami telah menerima tawaran untuk Safawi Rasid dari Portimonense SC, kelab Liga Premier Portugal.

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/posts/1783617741801517

“Kami percaya tawaran itu baik untuk JDT dan Safawi, dan dengan itu kami bersedia melepaskan Safawi untuk meneruskan kariernya di Eropah.

“Bagaimanapun, kami tidak dapat mendedahkan perincian tawaran kerana rundingan akhir masih dijalankan,” kata Prest.

https://www.instagram.com/p/CD_n3RalYDI/

Pada masa sama, beliau turut mengucapkan selamat maju jaya kepada pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu apabila berpindah ke Portimonense SC, kelab Liga Premier Portugal.

Wow, another step ahead! Tahniah Safawi!

 

Sumber dari Berita Harian.

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *