Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lebih 11,000 mangsa berlindung di PPS Sabah, Sarawak

today30 January 2025

Background


banjir
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di PPS di Sarawak meningkat kepada 7,503 orang manakala Sabah melaporkan 4,383 orang. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Sabah dan Sarawak semakin buruk dengan keseluruhan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 11,886 orang setakat 8 malam tadi.

Di Sarawak, jumlah mangsa meningkat kepada 7,503 orang daripada 2,096 keluarga, berbanding 6,718 orang daripada 1,825 keluarga petang tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, daerah Bintulu mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 1,922 orang daripada 471 keluarga yang berlindung di enam PPS, diikuti di daerah Serian dengan 1,882 mangsa daripada 593 keluarga di 16 PPS.

Di Selangau, 728 mangsa daripada 151 keluarga masih berlindung di tiga PPS, di Tatau 426 mangsa daripada 129 keluarga di dua PPS, dan di Kuching 402 mangsa daripada 151 keluarga berlindung di tiga PPS.

Sekretariat turut memaklumkan sebanyak empat PPS baharu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post