Disebabkan beberapa isu melibatkan transaksi yang tak dapat dilakukan menggunakan akaun banknya, lelaki terbabit dapat bantuan untuk menggunakan kad bapanya terlebih dahulu semasa membayar.
“Aku ambil kad bapa aku, pergi dekat kaunter bagi dekat dia lepastu dia minta pin, aku panggil bapa aku sebab aku tak tahu pin dia.
“Lepastu that guy, time dah bayar tu dia cakap dekat aku tak kerja eh? Boleh dia cakap macamtu weh, aku memang terasa hati gila, kalau aku tak buat payment lagi time tu memang aku dah beli dekat tempat lain.
“Aku bawa aku punya DJI time tu, dia cakap kat aku dekat sini tak boleh rekod tahu tak, memang dia punya tu memang rude gila-gila.
“Selalu aku baca orang cakap orang yang sales ni selalu tengok pemakaian orang, today baru aku rasa sebab aku datang biasa-biasa,” katanya.