Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Lelakimu Yang Dulu Trending No.1 di Twitter!

today29 October 2019

Background

Selepas 29 episod bersiaran menerusi saluran TV3, babak akhir drama Lelakimu Yang Dulu terus mendapat sambutan ekoran trending no.1 di laman sosial Twitter semalam.

Drama yang diadaptasi daripada novel karya Farah Darianna terbitan Idea Kreatif ini, turut mendapat pelbagai reaksi positif daripada peminat.

Memetik ciapan seorang pengguna Twitter menyatakan, “Hazrul reminds me of Jebat.” dimana mereka pernah digandingkan dalam satu lagi drama yang popular iaitu Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

Malah, menerusi platform yang sama rata-rata pengikut drama ini berpuas hati dengan pengakhiran jalan cerita tersebut selain sempat memuat naik video drama terbabit.

Sementara itu, menjengah pula di laman Instagram rasmi milik Sharnaaz Ahmad, pelakon tersebut memuat naik sekeping foto Nelydia Senrose.

Sharnaaz turut melahirkan penghargaan buat gandingannya itu, selain sempat memohon maaf sekiranya dia pernah melakukan kesilapan.

https://www.instagram.com/p/B4KSPCMhKJB/

Written by: Azra Azuar


Previous post

Geng Pagi Hot

#DiSebalikTabir : Putrajaya GPH Datang

Interview bersama Perdana Menteri Malaysia, Tun M adalah moment paling berharga bagi Shuk, Shuib & Fizie. Jom kita tengok behind the scene before and after diorang interview Tun M, macam mana nervousnya Geng Pagi Hot ni! Check out full video ni di Youtube Hot Tv!

today29 October 2019

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *