Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

Lembah Kesepian, Taruhan Terbaharu Haqiem Rusli

today19 June 2019

Background

Tidak takut dengan tempias kontroversi, Haqiem Rusli kini tampil dengan lagu baharu bertemakan hubungan anak dengan ayah dan bukannya berkisar tentang cinta.

Menurut Haqiem, lagu berjudul Lembah Kesepian memberi anjakan baharu dalam kariernya yang bukan sekadar mengalunkan lagu tentang cinta atau balada.

“Saya menghasilkan lagu untuk kepuasan diri. Ini adalah bonus jika lagu baharu itu mendapat sambutan baik seperti Tergantung Sepi.”

Bagaimanapun, Haqiem turut berharap lagu ini mampu berdiri setanding dengan lagu-lagunya sebelum ini.

Haqiem turut mencipta lagu untuk penyanyi lain seperti Ibu dendangan Tajul, Aku Yang Bersalah (Usop) dan Kenangan (Zack Zakwan) yang sudah dipasarkan.

Jelas Haqiem lagi, dia masih berusaha menyiapkan album kedua yang dijangka menjengah pasaran, tahun hadapan.

Apa-apa pun tahniah buat Haqiem kerana telah mencipta kelainan dalam lagu terbaharu kali ini, semoga berjaya!

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *